Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Kesihatan

Kesan Sampingan Chemotherapy
Setelah bertahun-tahun kita diberitahu chemotherapy adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan barah, Johns Hopkins akhirnya mula memberitahu pula ada satu cara lain…
Setiap orang memang mempunyai sel-sel barah dalam badan. Sel-sel barah ini tidak kelihatan dalam ujian-ujian, sehingga sel-sel ini membiak sehingga berbilion banyaknya. Bila seseorang doktor memberitahu pesakit barah bahawa tiada lagi sel barah dalam badannya selepas menjalani rawatan, sebenarnya ia bermaksud bahawa ujian-ujian yang dijalankan tidak menemui sel-sel barah yang ada kerana bilangannya belum mencapai tahap saiz yang boleh dikesan.
Sel-sel barah terjadi antara 6 hingga lebih daripada 10 kali dalam badan sepanjang hayatnya.
Jika sistem imun seseorang, kuat, sel-sel barah akan dihapuskan dan terhindarlah dari berlakunya pembiakan sehingga membentuk ketumbuhan.
Apabila seseorang itu dikatakan menghidap barah, itu menunjukkan dia mempunyai multiple nutritional deficiencies. Ini kemungkinannya akibat dari faktor keturunan, keadaan sekitaran, makanan dan gaya hidup.
Untuk mengatasi multiple nutritional deficiencies, menukar diet dan termasuk supplements akan memperteguhkan sistem imun.
Chemotherapy melibatkan tindakan meracun sel-sel barah yang sedang membiak, tetapi pada masa yang sama akan memusnahkan sel-sel yang sihat dalam sumsum tulang, salur usus dan lain-lain, dan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ seperti hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan lain-lain.
Radiasi yang digunakan untuk memusnahkan sel-sel barah, juga akan membakar, mencalar dan merosakkan sel-sel yang sihat, tisu dan organ-organ.
Rawatan menggunakan chemotherapy dan radiasi selalunya dapat mengecutkan saiz ketumbuhan barah. Bagaimanapun penggunaan chemotherapy dan radiasi yang berterusan tidak mampu memusnahkan ketumbuhan barah.
Apabila badan kita dibebani dengan kandungan toksin akibat dari chemotherapy dan radiasi, sistem imun kita sama ada semakin baik atau mungkin musnah pula,  lantas kita akan menanggung pula pelbagai jangkitan dan komplikasi.
Chemotherapy dan radiasi boleh menyebabkan sel-sel barah lali dan menjadi halangan dan sukar untuk dihapuskan. Pembedahan pula boleh menyebabkan sel-sel barah merebak ke tempat-tempat lain.
Satu kaedah lain yang berkesan untuk menghindarkan barah ialah dengan cara  tidak membekalkan makanan yang boleh menggalakkan pembiakannya.
Apakah makanan yang diperlukan oleh sel-sel barah untuk membiak?
  • Gula. Gula adalah satu daripada bekalan makanan untuk sel-sel barah membiak. Dengan mengurangkan pengambilan gula bererti menghadkan bekalan makanan sel barah yang paling dikehendaki untuk pembiakan. Sebagai ganti gula, makanan semulajadi yang terbaik ialah madu Manuka atau molasses, tetapi dalam kadar yang yang sedikit. Garam mengandungi bahan kimia yang digunakan untuk memutihkan warnanya. Gantikan dengan Bragg’s aminos atau garam laut.
  • Susu menyebabkan badan kita mengahasilkan mucus, terutama sekali dalam salur usus. Sel-sel barah makan muscus. Dengan mengurangkan pengambilan susu dan digantikan dengan susu soya, sel-sel barah akan kelaparan.
  • Sel-sel barah lebih subur dalam keadaan sekitaran yang berasid. Diet yang berasaskan daging adalah berasid, jadi adalah lebih baik makan ikan, dan sedikit daging ayam daripada makan daging atau daging babi. Daging juga mengandungi antibiotic, hormon pertumbuhan dan parasit, yang kesemuanya mendatangkan keburukan terutama kepada mereka yang mengidap barah.
  • Diet yang terdiri daripada 80% sayuran segar dan jus, bijirin, kekacang dan buah-buahan membantu badan kita menjadi sedikit beralkali. Lebihkurang 20% lagi boleh dalam bentuk bahan makanan yang dimasak. Jus sayuran segar membekalkan enzim yang mudah diserap masuk ke dalam sel dalam masa 15 minit, yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim yang membina sel-sel sihat, cuba minum jus sayuran segar dan makan ulam 2 atau 3 kali sehari. Enzim boleh rosak pada suhu 104oF atau 40oC.
  • Elakkan pengambilan kopi, teh dan coklat, kerana mengandungi bahan caffeine paling tinggi. Teh hijau adalah alternatif terbaik dan mempunyai ciri-ciri melawan barah. Air, yang terbaik ialah air tapisan atau air tulin bagi mengelakkan toksin dan logam berat seperti yang terkandung dalam air paip. Air suling adalah berasid, jadi elakkannya.
  • Protin dari daging sukar untuk dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang tidak sempat dicernakan yang berada dalam usus akan menghasilkan toksin.
  • Sel-sel barah adalah bersalut dengan dinding sel yang terbina daripada protein yang teguh. Dengan mengurangkan makan daging, badan kita akan dapat mendapat lebih enzim yang akan merosakkan dinding sel barah.
  • Sesetengah diet tambahan membina sistem imun (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs dan lain-lain) menjadikan badan kita mempunyai daya pemusnah sel barah. Diet tambahan lain misalnya vitamin E membolehkan badan mempunyai daya penyingkiran sel-sel yang mati, dan tidak dikehendaki.
  • Barah adalah penyakit minda, badan dan semangat. Semangat proaktif dan positif akan membantu pengidap barah untuk terus hidup. Marah, pendendam dan masam muka akan menjadikan badan dalam keadaan stress dan berasid. Jadilah orang yang mempunyai semangat penyayang dan pemaaf. Cuba banyakkan releks dan hidup enjoy.
  • Sel barah tidak boleh hidup dalam sekitaran beroksigen. Melakukan riadah secara harian, dan menarik nafas panjang akan membantu lebih banyak oksigen meresap ke dalam sel-sel badan. Terapi oksigen adalah satu lagi cara yang boleh digunakan untuk menghapuskan sel barah.
Artikel di atas saya terima dari seorang rakan melalui email yahoogroups. Saya bentangkan di sini adalah terjemahannya, yang asalnya dalam bahasa Inggeris.