Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Jumaat, 13 November 2015

FAM, Bola Malaysia perlu transformasi

Kekalahan Pasukan bola Harimau Malaysia 6-0 kepada Palestin masih hangat diperkatakan. Kelihatannya macam dah tak ada lagi apa yang harus diperkatakan selain daripada yang sering kita dengar itu. Saya tak nak sentuh lagi bab itu. Pandangan saya ni mungkin tidak berkaitan pula.
Nampaknya kita seperti sering mengharapkan keajaiban untuk menang. Kemenangan ke atas Timur Laste itu dibanggakan sebagai permulaan yang baik. Bagi saya kalau setakat menang 1-0 itu tidak bolehlah dijadikan sandaran kepada kenyataan tersebut. Kalau 3 atau 4-0 bolehlah. SEBAB Harimau Msia bagi saya kebanyakan gol berdasarkan nasib je. dot.
Tujuan saya di sini ialah bagaimana hendak mempunyai satu pasukan yang mantap seperti mana pasukan Palestin itu. Formulanya ialah transformasi. Alasan saya ialah kerana pasukan yang ada ini bukan pasukan BERSUKAN. Tidak ada semangat bersukan pun. Alasan saya sejak dulu lagi saya lihat semangat mereka ialah tak dapat bola aku bantai kaki, yang penting menang. Dan terus terang saya katakan memang saya orang paling gembira bila pasukan Harimau Msia kalah 6-0 lagi. Dari permulaan perlawanan lagi saya berharap kalah. Maaf. Saya benci mereka main bukan dengan semangat BERSUKAN.
Banyak faktornya, tetapi saya nak katakan di sini ialah faktor Pengadil Malaysia. Mereka juga menyumbang terbentuknya dan suburnya semangat bantai kaki itu. Selagi belum cedera tak akan bunyi wisel. Kalau mengikut semangat BERSUKAN bukan ini prinsip para Pengadil kita. Dot.
Kalau nak satu pasukan taraf dunia, maksud saya pasukan yang BERSUKAN, bentuklah satu pasukan baru, yang diletakkan di luar negara, untuk satu tempoh, di bawah jurulatih luar negara. Biarkan mereka hidup di luar sana dengan iklim BERSUKAN seperti mereka juga, contohnya Palestin, Arab, Arab Bersatu, dan sebagainya. Dedaahkan mereka melalui perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan kelab di luar itu. Ini sahaja caranya. Kalau hanya perlawanan persahabatan dengan pasukan luar negara sekali dua sahaja jangan haraplah untuk mendapat pasukan BERSUKAN seperti mereka. Mahukah kita melakukannya? Mahal? Fikirlah sendiri. Inilah pilihan yang ada.  
Mungkin ada yang fikir ini jalan risiko. Risikonya ialah besar kemungkinan mereka ini akan dibeli oleh pasukan-pasukan luar negara. Ya memang banyak persoalan yang timbul, yang membuat FAM kata rugilah kita. 
Untuk mencari negara mana saya rasa cari negara yang kos hidupnya murah misalnya Myanmar. Sebab saya lihat pasukan Myanmar ni ada disiplin BERSUKAN. Cadangan spontan je ni pagi-pagi ni.
Satu pendekatan lagi yang mungkin lebih murah dan mudah ialah dengan menggunakan Pengadil Jepun atau Korea atau Arab untuk sebarang perlawanan dalam negara walaupun pada peringkat kebangsaan. Tujuannya supaya mereka dapat didisiplinkan seperti mana pasukan luar. Insya Allah disiplin pasukan bola kita akan membunuh semangat bantai kaki. Alah bisa tegal biasa. He he jangan marah Pengadil, kena jual.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan