Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Rabu, 25 November 2015

Darah kurang haemoglobin

Dua hari lalu saya bertemu dengan seorang sepupu yang dah lama tak jumpa. Dalam sembang dia kata sejak akhir2 ini dia sering pening2. Dia bertanya adik ipar saya bekas sister hospital sebab musababnya. Jawabnya kena cek kat hospital. Saya susuli jawapan sister itu dengan nasihat yang sama. Alasan saya kerana saya pernah mengalaminya.
Ceritanya, lebih dua tahun yang lalu saya saja2 minta sister itu ambil darah untuk dianalisis. Ketika itu dia masih kerja. Tengahari itu juga dia menalipon mengatakan abang kena masuk hospital besok. Terkekjut juga saya, mengapa. Bila saya tanya jawabnya haemoglobin abang terlalu rendah.
Besok paginya saya ke hospital jumpa doktor pakar seperti yang diatur oleh sister itu. Keputusan pemeriksaan doktor saya kena masuk wad kerana yang tersebut itu. Doktor menyatakan saya sangat-sangat bernasib baik kerana tidak jatuh, tidak kemalangan, tidak koma dan sebagainya kerana paras haemoglobin saya tinggal 6.6. Mengikut doktor paling rendah sepatutnya 8.0 dikira selamat tetapi kena makan obat. Paling selamat ialah 10.0, itu pun kena makan makanan pilihan yang boleh menaikkannya.
Saya nyatakan kepada doktor bahawa selama lebih dua tahun sebelum pemeriksaan itu saya sering mengalami pening2 dan macam nak jatuh setiap kali bangkit dari mencangkung selama 2 atau 3 minit sahaja. Jika berlaku saya terpaksa mencari sesuatu untuk bersandar. Satu lagi, saya sering rasa demam2 tetapi tidak sampai memaksa saya makan obat.
Lalu doktor mengulangi kenyataannya bahawa you are very2 lucky. Orang macam saya sepatutnya sudah jatuh, dan jika lambat mendapat bantuan boleh koma. Saya amat bersyukur kerana tidak mengalaminya. Doktor menambah, orang kurang haemoglobin boleh mengalami insiden2 seperti orang yang ada darah tinggi, kencing manis yang tinggi, dan gaut yang tinggi. kencing manis dan gaut yang tinggi boleh menyekat oksigen daripada sampai ke otak. Jika jatuh dan pengsan memburukkan lagi keadaan jika lambat mendapat bantuan oksigen. Begitulah cerita saya.
Pagi itu saya masuk wad, dan serta merta diberi bantuan darah satu beg. Petangnya paras haemoglobin saya naik 8.1. Hari besoknya satu beg lagi, dan naik lagi 8.8.
Dipendekkan cerita, hari kedua itu seorang doktor pakar, Miss Ainul, tanya saya sama ada saya ada masalah kesihatan ke. Saya kata, tidak, kecuali ada ketumbuhan di penghujung kolon menurun, iaitu hampir dengan dubur. Lalu menyarankan saya menjalani endoskopi. Saya setuju.
Saya dibenarkan pulang hari itu juga dengan dibekali ubat julap (tak ingat namanya). Sampai harinya saya mengjalani pemeriksaan endoskopi, dan pada masa yang sama dibungnya ketumbuhan itu. Alhamdulillah, pemeriksaan yang dijalankan 3 bulan selepas itu haemoglobin saya sudah pada paras 13.x iaitu paras yang normal bagi seorang lelaki. Kali kedua saya cek di klinik Semanggol 14.7, dan terakhir sekali dua bulan yang lalu 14.9. Jadi taulah saya bahawa ketumbuhan itulah yang menjadi punca haemoglobin saya bermasalah. Terima kasih doktor pakar Dr. Miss Ainul, Hospital Keluang.
Moral of the story ialah jaga2, jika ada rasa pening2 macam nak pitam seperti saya, cek segera paras haemoglobin kecuali jika ada sebab-sebab lain yang jelas. Umur saya sekarang 68 tahun. Maksud saya apabila umur sudah meningkat senja seperti saya ni, ada baiknya berjaga2lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan