Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Selasa, 27 Disember 2011

Makan nangka, sakit perut

Ada orang tak boleh makan nagka, sakit perut. Kata orang tua2, angin. Saya juga begitu sejak lama. Tak boleh makan nagka dan cempedak. Baru-baru ni, ada satu penemuan caranya supaya tidak sakit perut macam dahulu. Nampaknya berkesan. Caranya: Kalau makan nangka, kunyah sampai lumat, baru telan. Tu je.
(Agaknya) Bila kita kunyah, angin (yang dikatakan itu) iaitu sejenis gas yang terkandung dalam isi ulas nangka itu terbebas ke udara, tidak masuk ke dalam perut. Tetapi jika kita tidak kunyah lumat, angin yang terkandung dalam sisi ulas nangka itu masuk ke perut dan terbebas di dalam perut kita. Ini yang menyebabkan perut sebu, angin, sakit perut la tu. Saya kata begini kerana, kita tahu, buah nangka ni kuat baunya, walaupun belum dikupas lagi. Ini menunjukkan ada gas (bentuk angin) atau wap-wap (bentuk gas juga) dalam isi ulas nangka itu. Jadi bila kita kunyah, ianya terbebas lebih awal. Terhindarlah sakit perut. Wallahu-a'lam.
Selamat menyambut tahun baru 2012, semoga dapat yang lebih baik dari yang sudah-sudah. Wazidatan-fil-i'lmi, wabarakatan-fir-rizqi.

1 ulasan: