Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Ahad, 2 Ogos 2009

PENCEGAHAN KANSER: Bibit-bibit sel kanser tidak boleh tumbuh dalam keadaan badan yang sedikit beralkali.

Saya telah menerima satu email dari rakan saya, yang saya fikir sangat baik untuk kita jadikan panduan untuk diri kita sendiri maupun untuk generasi akan datang. Artikel ini mengandungi cerita benar tentang kejadian yang telah dialami oleh seseorang warga China yang telah menghidap kanser. Artikel lengkapnya di sini. Berikut adalah terjemahan saya secara ringkas.

Dalam artikel berkenaan, Dr Lu menyatakan, dua kaedah merawat kanser hari ini.

1. Dengan menghapuskan punca penyakitnya,

2. Dengan mempertingkatkan daya tahan (immunity) bagi melawan penyakit berkenaan.

Tetapi yang menjadi musykil jika langkah 1 diambil ialah sama ada dengan menggunakan Cobalt 60 atau lain-lain dadah untuk menghapuskan sel-sel kanser, sebelum terhapusnya sel-sel kanser, sel-sel yang sehat akan terhapus dahulu.

Percubaan merawat dengan kaedah permakanan pula, tidak kira apakah permakanan atau suplimen yang kita makan, malangnya, sebelum sel-sel yang sehat dapat menyerapnya, sel-sel kanser akan menyerapnya terlebih dahulu. Ini akan mempercepatkan lagi pertumbuhan kanser. Jadi, kedua-dua kaedah ini, “…are doomed to fail, that is why cancer is terminal.." Kata Dr Lu dalam artikel berkenaan.

Dr Lu menambah, "Human beings are the most intelligent creatures and they had successfully put men on the moon. But why there is no one ever questioned the above 2 approaches for cancer treatment which lead to ultimate death, and try to look for a 3rd approach?

Dr Lu yang pernah mengendalikan kajian klinikal di Majie Hospital, mendapat banyak peluang kerjasama dengan rakan-rakan yang membantunya, mendapati bahawa ujian-ujian darah pesakit menunjukkan 100% adalah berasid.

Pada masa yang sama, katanya, para penganut agama Budha yang hidup sebagai vegetarians, didapati darah mereka sedikit beralkali, dan tiada seorangpun antara mereka yang dikesan mengalami kanser.

“Those Buddhist monks and nuns who are long term vegetarians and live very close to Nature, their blood are prevalently weakly alkaline and none of them has yet been detected of any cancer illness. Therefore, I can boldly concluded that under weakly alkaline condition, cancerous cells are not able to grow, or even to survive.”

Jadi beliau begitu pasti dengan satu kesimpulan bahawa di bawah keadaan darah yang sedikit beralkali, sel-sel kanser tidak boleh tumbuh, apalagi untuk hidup.

Kerana itu, Dr Lu mencadangkan pesakit kanser dalam artikel ini agar mengurangkan pengambilan makanan daging berasid. Sebaliknya, lebihkan makanan yang beralkali. Adalah baik jika makan green algae dan sup daripada water chestnuts with skin. Disamping itu, beliau juga mencadangkan agar pesakit berkenaan menukar gaya hidup yang lebih mirip kepada Nature.

Pesakitnya akur dengan cadangan-cadangan Dr Lu di atas tadi. Selepas setahun sahaja, diberitakan ketumbuhan kansernya telah mengecut. Lima tahun kemudiannya, ketumbuhan pesakit berkenaan hampir tidak kelihatan lagi.

Terdapat juga beberapa kes kanser yang lain, misalnya kanser paru-paru, sembuh dengan mengamalkan kaedah Dr Lu. Maka beliau menegaskan, dengan peringatan bahawa para pesakit kanser, badannya adalah dalam keadaan berasid. Seseorang yang sihat, darahnya adalah sedikit beralkali, iaitu pada pH lebihkurang 7.35 hingga 7.45.

Katanya lagi, darah seseorang bayi adalah sedikit beralkali. Semakin meningkat dewasa, darah mereka akan menjadi lebih berasid secara semulajadi.

Antara gejala badan berasid:

· Kulit yang tidak berseri,

· Terasa keletihan selepas melakukan sedikit aktiviti,

· Rasa mengantuk sebaik sahaja duduk dalam bas,

· Terasa sesak nafas selepas naik atau turun tangga,

· Kegemukan dan buncit bawah perut,

· Pergerakan yang lembab dan tidak bermaya.

Menagapakah keadaan badan berasid?

· Makan makanan yang berasid secara berlebihan

o Daging, hasil tenusu, telur, beef, ham adalah antara makanan yang berasid

o Terlalu banyak makan makanan berasid menyebabkan darah berasid dan likat, sukar untuk mengalir di daerah-daerah hujung salur darah, mengakibatkan tapak kaki atau lutut sejuk, sakit bahu dan insomnia

o Bagi orang muda dan masih kuat, masih sesuai makan daging; tetapi bagi orang yang meningkat usia, sayuran dan small fishes adalah paling sesuai.

· Membuat aktiviti dan tindakan yang tidak biasa dilakukan akan mengujudkan keadaan fizikal badan menjadi berasid.

o aktiviti dan tindakan yang tidak biasa dilakukan akan menyebabkan otak dan fizikal stres

o mengikut statistik, mereka yang selalu tidur lewat adalah 5 kali lebih cenderung menghidap kanser daripada mereka yang sehat

o Pada asalnya, manusia boleh menjalani hidup mengikut tempo. Jadi memang mustahil untuk hidup sehat dengan menjalani hidup tidak tentu siang malam.

o Organ-organ kita adalah dikawal oleh saraf autonomi. Siang hari adalah waktu untuk aktiviti saraf sypmpathetic, dan malam pula untuk parasympathetic. Jika peraturan fizikal hidup ini diganggu atau diterbalikkan, makan akan menimbulkan pelbagai penyakit.

· Stres yang membawa kepada gangguan emosi

o Social stresses

o Kerjaya atau metal stress

· Stress fizikal

Keasidan / Kealkalian bagi kebanyakan makanan:

· Makanan berasid tinggi: kuning telur, keju, kuih bakar yang mengandungi gula putih, telur ikan belanak, dll.

· Makanan berasid sederhana: ham, bacon, daging ayam, sotong, daging babi, daging lembu, roti, gandum, mentega, daging kuda, dll.

· Makanan berasid rendah: kacang merah, epal, kobis, bawang, tofu, lobak, dll.

· Makanan rendah alkali: lobak kering, kacang soya, lobak merah, tomato, pisang, oren, labu, strawberry, putih telur, plum kering, lemon, bayam, dll.

· Makanan beralkali tinggi: anggur, daun teh, wine, kelp sprout, kelp, dll. Terutamanya green algae, yang kaya dengan kuantiti klorofil adalah yang terbaik sebagai makanan kesihatan, tetapi elakkan dari minum teh secara berlebihan. Dan waktu terbaik minum teh ialah waktu pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan