Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Selasa, 14 Julai 2009

LUKA PEMBEDAHAN: Resipi penyembuhnya

Ini adalah artikel yang saya terima melalui email yahoogroups Al-Kauthar, saya simpan di sini agar dapat dikongsi sama.

Resipi ni bukan sahaja sesuai untuk ibu2 yang bersalin, tapi bapa2 pun boleh makan sekali. Kalau isteri dah bersara melahirkan anak, beri resipi ni kat anak atau menantu....Insya Allah. Selamat mencuba...!! !!

14 Julai 2009
Resipi Pemulih Luka Pembedahan
Email Oleh : Tok Cepai
Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkantubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga.Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis.Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman.Masakan yang bercili juga tidak digalakkan pengambilannya.Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siapdimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga.Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.[1] PERIA MASAK ASAMBahan-bahan:200 ml air5 ulas bawang kecil – dihiris2 biji peria katak – dipotong nipis2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan½ sudu teh serbuk lada hitam½ sudu makan air asam jawaGaram secukup rasaCara menyediakan:a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau.Angkat dan hidangkan.Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantangyang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredarandarah dalam tubuh jika diamalkan.[2] AYAM MASAK KERINGBahan-bahan:200 ml air3 – 5 helai daun pegaga – dihiris3 ulas bawang kecil – dihiris2 ketul ayam (sederhana besar)Seketul halia – dimayang halus½ sudu teh serbuk lada hitam½ sudu teh serbuk kunyitGaram secukup rasaCara menyediakan:a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering(mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagaijamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakanbersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampumengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.[3] IKAN BILIS GORENGBahan-bahan:3 sudu makan ikan bilis – digoreng tanpa minyak3 ulas bawang kecil – dimayang2 sudu air asam jawaHalia sebesar ibu jari – dimayang½ sudu teh serbuk lada hitamCara menyediakan:a) Masukkan ikan bilis di dalam pinggan. Letakkan halia, bawangdan tuangkan air asam jawa serta serbuk lada hitam ke atasnya.[4] IKAN TENGGIRI BERKUAHBahan-bahan:200 ml air5 ulas bawang kecil – dihiris2 ketul ikan tenggiriHalia sebesar ibu jari – dimayang½ sudu teh serbuk kunyit½ sudu teh serbuk lada hitam½ cawan air asam jawaGaram secukup rasaCara menyediakan:a) Masaklah kesemua bahan hingga tinggal sedikit kuahnya.Angkat dan hidangkan.Info: Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan,pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanantambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan.Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selainmenyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandunganasid amino dan lemak yang ada padanya.Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajahkelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidakmenggemukkan badan untuk jangkamasa panjang.[5] SUP AYAMBahan-bahan:250 ml air2 ketul ayam½ sudu teh serbuk lada hitamHalia sebesar ibu jari – dimayangGaram secukup rasaCara menyediakan:a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkatdan hidangkan.Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskanbadan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.[6] TENGGIRI MASAK ASAMBahan-bahan:250 ml air2 ketul ikan tenggiri3 – 4 inci halia – dimayang3 biji bawang kecil½ cawan air asam jawa½ sudu teh serbuk lada hitamGaram secukup rasaCara menyediakan:a) Campurkan kesemua bahan dalam periuk sederhana besar.Masak hingga pekat tetapi jangan sampai airnya terlalu keringSedia dihidang bersama nasi putih.Info: Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidanganibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkanuntuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:52 AM http://idhamlim. blogsport. com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan