Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Ahad, 28 Jun 2009

PROSTAT: 250,000 mati setiap tahun

Prostat adalah sebahagian dari organ pembiakan lelaki yang membantu mengeluarkan dan menyimpan cecair seminal atau air mani. Secara anggarannya Prostat berukuran 3cm panjang dan seberat 20gm. Kedudukan Prostat adalah di bahagian pelvis, di bawah pundi kencing dan berhadapan dengan rectum atau dubur dan mengelilingi sebahagian daripada uretra. Uretra merupakan saluran yang penting yang berfungsi membawa dan mengeluarkan air kencing dan juga air mani semasa proses ejakulasi.
Kedudukan Prostat yang mengelilingi uretra berpotensi memberikan tekanan kepada urinisasi. Apabila Prostat membesar, uretra akan mengalami penekanan sekaligus menimbulkan masalah seperti kencing tidak lawas dan kencing berdarah.
Prostat mengandungi kelenjar-kelenjar kecil di mana 20% air mani datang dari Prostat. Kelenjar Prostat memerlukan hormon lelaki yang bernama adrogen untuk bertindak sempurna. Kanser Prostat terjadi apabila sel-sel kelenjar Prostat membiak tanpa kawalan sekaligus membentuk ketumbuhan. Jika tidak dirawat, kanser Prostat boleh merebak ke bahagian yang berhampiran dan kemudiannya ke seluruh badan, terutamanya tulang, hati dan paru-paru.
Lazimnya Prostat
membesar dan membengkak adalah kerana faktor usia. Mengikut kajian, lelaki berusia 50 tahun ke atas dengan 50% risiko mendapat kanser Prostat, dan meningkat kepada 80% apabila menjangkau umur 70 tahun ke atas. Selain faktor usia, golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini ialah golongan yang berumur dan tidak mempunyai pasangan dan tidak melakukan hubungan seks dan juga faktor kaum.
Antara tanda-tanda awal permasalalahan Prostat yang boleh membawa kepada kanser Prostat ialah sukar dan sakit semasa memulakan proses pembuangan air kecil, air kencing perlahan atau tersekat-sekat, inkoninens (tidak berupaya mengawal kencing), merasa sakit dan regang di bahagian paha dan pinggang, terdapat darah dalam air kencing atau air mani, serta kerap buang air kecil pada waktu malam yang selama ini dianggap sebagai sakit orang tua-tua.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda awal seperti yang disebutkan tadi, pemeriksaan doktor adalah jalan terbaik untuk mengetahui penyebab sebenar. Doktor dan pakar biasanya menggunakan sistem berperingkat yang rumit yang dikenali sebagai sistem TNM di mana kaedah ini adalah kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia. Ia mengimbas 3 bahagian iaitu:


  1. Tumor (T),
  2. Nod Limfa (N), dan
  3. Kanser peringkat kedua atau Metastises (M).
Doktor boleh mengulas lanjut tentang kaedah dan peringkat-peringkat tahap keseriusan kanser Prostat dengan lebih mendalam.
Pencegaha terhadap penyakit ini boleh dilakukan seawal mungkin dengan mengawal cara permakanan dan mengamalkan herba-herba dan makanan semulajadi yang mampu mengurangkan masalah ini.
Herba secara umumnya adalah selamat. Bagi ahli urologi Jerman dan Australia, mereka mempercayai dengan penggunaan herba Saw Palmetto dapat meringankan simptom-simptom ringan dan sederhana akibat pembesaran Prostat.
Saw Palmetto atau nama saintifiknya Serenoa repens adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh meluas di sebelah utara Amerika Syarikat. Bahan sterol tumbuhan ini dipercayai boleh mengelakkan perkembangan sel-sel Prostat. Kesan positif herba ini dilaporkan biasanya dapat dilihat selepas 10 minggu pengambilannya.
Dalam perubatan alternatif, biji labu dikatakan makanan kepada Prostat. Biji labu yang mengandungi zink dan asid lemak mampu meringankan simptom-simptom pembesaran kelenjar Prostat serta mengembalikan kesihatan pembuangan air kencing.
Di India, pengamal perubatan tradisional Ayurverda menggunakan herba Tribulum untuk merawat masalah pembesaran Prostat. Tribulus atau nama saintifiknya Tribulus terretris dikatakan mampu meransang tubuh membentuk hormon lelaki dan satu lagi kehebatan herba ini ia dapat bertindak sebagai penukul yang mampu menghalang pembentukan batu karang.
Kaum lelaki seharusnya memandang serius kepada permasalahan Prostat dan sedar akan ancaman dan kesan buruk daripada masalah pembesaran atau pengembangan Prostat yang membawa masalah, kesakitan dan maut. Mengikut kajian, 250,000 lelaki di seluruh dunia maut setiap tahun akibat masalah Prostat.
Kesimpulannya, cegahlah masalah Prostat ini dari awal dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan sihat. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksida, buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat. Senaman seperti berbasikal dan merenang adalah digalakkan kerana ia meningkatkan pengaliran darah masuk ke Prostat dan amalkan pencegahan secara alami atau tradisional dengan mengambil herba-herba yang baik untuk kesihatan Prostat.


Artikel dari Sinar Ahad 28 Jun 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan