Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Ahad, 28 Jun 2009

Antioksida untuk kesihatan

Kebelakangan ini, masalah diserang demam selsema, sakit kerongkong dan batuk, sering dialami oleh penduduk negara kita. Selain itu, masalah keletihan dan kelihatan tidak bermaya berbanding dahulu dan keadaan ini turut menjejaskan prestasi kerja dan aktiviti harian. Apakah ini faktor gaya hidup, persekitaran dan pemakanan boleh mempengaruhi gejala ini?
Sekiranya anda juga mempunyai masalah yang sama, mungkin kita perlu menoleh ke belakang untuk meneliti apakah faktor yang mempengaruhi masalah ini agar kita mampu menanganinya dengan sewajarnya. Pencemaran alam sekitar yang semakin tidak terkawal, tekanan hidup yang kian menghimpit yang mungkin berpunca daripada masalah ekonomi, bebanan kerja semakin bertambah yang meningkatkan tekanan fizikal dan stres secara emosi. Faktor-gaktor ini sebenarnya akan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh.
Penghasilan radikal bebas yang berlebihan melemahkan sistem pertahanan badan. Akibatnya kita lebih cenderung mendapat jangkitan, penyakit serta penuaan pramatang.
Dari segi fizikalnya, penuaan pramatang boleh menyebabkan kulit kelihatan bekedut lebih awal dan kita kelihatan tidak bermaya.
Antioksida merupakan molekul yang berupaya untuk memperlahankan atau mencegah pengoksidanan molekul lain. Tindakbalas pengoksidanan akan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh. Nutrien seperti beta karotena, vitamin C, E mineral zink dan selenium merupakan antara nutrien antioksida yang poten. Antioksida ini bermanfaat untuk:
  • Kesihatan keimunan: Sistem pertahanan semulajadi badan merosot seiring dengan peningkatan usia. Kelemahan sistem imun menjejaskan keupayaan untuk menentang bendasing dari luar, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan dan penyakit.
    Beta-karotena dikenali juga sebagai Pro-vitamin A kerana ia mesti ditukar oleh badan kepada vitamin A sebelum ia boleh digunakan. Beta-karotena berperanan berperanan penting dalam mengekalkan membram mukus, tindakbalas antibodi dan fungsi efektor sel-sel keimunan seperti neutrofil, makrofaj, sel-sel T dan sel-sel NK. Vitamin A atau beta-karotena bertindak sebagai pemodulat keimunan yang mengurangkan tahap jangkitan seperti campak dan cirit-birit.
    Vitamin C menguatkan sel darah putih yang melawan jangkitan dan membantu meredakan batuk dan selsema. Ia digunakan dengan banyak semasa jangkitan uantk menghalang perkembangan virus dan bakteria.
    Vitamin E merupakan antioksida yang paling berkesan dalam pemeliharaan integriti membran sel dan fungsi sel imun. Vitamin E juga meningkatkan penghasilan antibodi dan penggandaan sel darah putih. Seterusnya meningkatkan ketahanan tubuh terhadap patogen.
  • Kesihatan Kulit: Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, C, E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam merangsang kesihatan dan kecantikan kulit. Kerosakan kulit akibat serangan radikal bebas akan mengakibatkan pembentukan kedut. Selain dihasilkan oleh tubuh, radikal bebas juga hadir dalam makanan dan persekitaran. Ia sangan reaktif dan boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Oleh itu, pengambilan antioksida seperti beta-karotena, vitamin C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas ini.
  • Anti Penuaan: Penuaan pramatang selalunya disebabkan oleh sinaran matahari dalam proses yang dikenali sebagai photo-ageing. Apabila sinaran matahari memasuki sel-sel kulit, ia bertindak balas dengan oksigen lalu menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini akan menyerang sel-sel kulit yang menyebabkan kerosakan dan penuaan. Kerosakan akibat sinaran matahari ditunjukkan dengan kewujudan kedut-kedut, garisan halus, bintik-bintik pada kulit, kulit kasar, hilang tekstur dan ketegangan kulit.
    Kita boleh menangani kerosakan akibat radikal bebas dengan bantuan nutrien-nutrien anti radikal bebas atau antioksida. Beta-karotena dan vitamin A sangat bermanfaat untuk kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkeruping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu dan meneral zink membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit.

(Rencana Iklan, Fikrah 8-14 Ogos 2008)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan