Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Ahad, 28 Jun 2009

Antioksida untuk kesihatan

Kebelakangan ini, masalah diserang demam selsema, sakit kerongkong dan batuk, sering dialami oleh penduduk negara kita. Selain itu, masalah keletihan dan kelihatan tidak bermaya berbanding dahulu dan keadaan ini turut menjejaskan prestasi kerja dan aktiviti harian. Apakah ini faktor gaya hidup, persekitaran dan pemakanan boleh mempengaruhi gejala ini?
Sekiranya anda juga mempunyai masalah yang sama, mungkin kita perlu menoleh ke belakang untuk meneliti apakah faktor yang mempengaruhi masalah ini agar kita mampu menanganinya dengan sewajarnya. Pencemaran alam sekitar yang semakin tidak terkawal, tekanan hidup yang kian menghimpit yang mungkin berpunca daripada masalah ekonomi, bebanan kerja semakin bertambah yang meningkatkan tekanan fizikal dan stres secara emosi. Faktor-gaktor ini sebenarnya akan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh.
Penghasilan radikal bebas yang berlebihan melemahkan sistem pertahanan badan. Akibatnya kita lebih cenderung mendapat jangkitan, penyakit serta penuaan pramatang.
Dari segi fizikalnya, penuaan pramatang boleh menyebabkan kulit kelihatan bekedut lebih awal dan kita kelihatan tidak bermaya.
Antioksida merupakan molekul yang berupaya untuk memperlahankan atau mencegah pengoksidanan molekul lain. Tindakbalas pengoksidanan akan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh. Nutrien seperti beta karotena, vitamin C, E mineral zink dan selenium merupakan antara nutrien antioksida yang poten. Antioksida ini bermanfaat untuk:
  • Kesihatan keimunan: Sistem pertahanan semulajadi badan merosot seiring dengan peningkatan usia. Kelemahan sistem imun menjejaskan keupayaan untuk menentang bendasing dari luar, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan dan penyakit.
    Beta-karotena dikenali juga sebagai Pro-vitamin A kerana ia mesti ditukar oleh badan kepada vitamin A sebelum ia boleh digunakan. Beta-karotena berperanan berperanan penting dalam mengekalkan membram mukus, tindakbalas antibodi dan fungsi efektor sel-sel keimunan seperti neutrofil, makrofaj, sel-sel T dan sel-sel NK. Vitamin A atau beta-karotena bertindak sebagai pemodulat keimunan yang mengurangkan tahap jangkitan seperti campak dan cirit-birit.
    Vitamin C menguatkan sel darah putih yang melawan jangkitan dan membantu meredakan batuk dan selsema. Ia digunakan dengan banyak semasa jangkitan uantk menghalang perkembangan virus dan bakteria.
    Vitamin E merupakan antioksida yang paling berkesan dalam pemeliharaan integriti membran sel dan fungsi sel imun. Vitamin E juga meningkatkan penghasilan antibodi dan penggandaan sel darah putih. Seterusnya meningkatkan ketahanan tubuh terhadap patogen.
  • Kesihatan Kulit: Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, C, E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam merangsang kesihatan dan kecantikan kulit. Kerosakan kulit akibat serangan radikal bebas akan mengakibatkan pembentukan kedut. Selain dihasilkan oleh tubuh, radikal bebas juga hadir dalam makanan dan persekitaran. Ia sangan reaktif dan boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Oleh itu, pengambilan antioksida seperti beta-karotena, vitamin C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas ini.
  • Anti Penuaan: Penuaan pramatang selalunya disebabkan oleh sinaran matahari dalam proses yang dikenali sebagai photo-ageing. Apabila sinaran matahari memasuki sel-sel kulit, ia bertindak balas dengan oksigen lalu menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini akan menyerang sel-sel kulit yang menyebabkan kerosakan dan penuaan. Kerosakan akibat sinaran matahari ditunjukkan dengan kewujudan kedut-kedut, garisan halus, bintik-bintik pada kulit, kulit kasar, hilang tekstur dan ketegangan kulit.
    Kita boleh menangani kerosakan akibat radikal bebas dengan bantuan nutrien-nutrien anti radikal bebas atau antioksida. Beta-karotena dan vitamin A sangat bermanfaat untuk kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkeruping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu dan meneral zink membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit.

(Rencana Iklan, Fikrah 8-14 Ogos 2008)

Propolis: Antibiotik semulajadi paling berkesan

Lebah dipercayai wujud sejak 40 juta tahun yang lalu tetapi serangga ini tidak pupus dari muka bumi. Rahsianya ialah Propolis. Propolis adalah resin atau damar yang dikumpulkan oleh lebah pekerja dari kulit pokok kemudiannya digaul dengan madu, beepolen, enzim lebah dan lain-lain bahan. Kajian secara saintifik oleh Dr Remy Chauvin, seorang saintis Perancis dalam tahu 1968, telah membuka satu rahsia kuasa penyembuhan secara efektif oleh Propolis. Peristiwa ini berlaku apabila seekor tikus yang terjatuh ke dalam darang lebah dan kemudiannya mati, tetapi setelah 3 tahun bangkai tikus tersebut didapati tidak reput mahupun berulat. Setelah kajian dibuat, didapati seluruh badan tikus tersebut telah disaluti Propolis yang bertindak menghalangnya dari reput dan berulat.
Dalam era Mesir Purba, Propolis merupakan satu daripada bahan perubatan yang digunakan bagi tujuan mengawit Mumia yang terbukti boleh bertahan sejak 3000 tahun hingga kini. Dalam Quran dan banyak hadis telah banyak memperkatakan tentang kehebatan lebah.
Propolis adalah perkataan Greek yang bermaksud ‘Pelindung Bandar’. Propolis digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka daripada seb arang jangkitan dan benda asing. Di samping itu Propolis adalah juga digunakan sebagai bahan untuk membaiki sarang yang rosak. Kajian saintifik mendapati tiada bakteria atau virus yang dapat hidup di sarang lebah.
Pelbagai jenis Propolis di pasaran, namun Green Propolis yang didatangkan khusus dari Minas Gerais, Brazil (kawasan bebas pencemaran) adalah yang berkualiti tinggi mengandungi 34 jenis flavonoids yang kaya dan unik dikategorikan dalam kelas pertama oleh penilaian kualiti piawaian Jepun.
Flavonoids adalah antibiotik semulajadi, paling berkesan dan tiada kesan sampingan. Ia menjana sistem imunisasi yang diperlukan bagi mencegah penyakit dan bertindak sebagai antibakteria, antivirus, antifungus, antioksida dan antikanser. Makanan atau minuman harian juga mengandungi flavonoids tetapi memerlukan kuantiti yang banyak untuk mendapat sedikit flavonoids.
Di samping itu, nilai rawatan kandungan flavonoids dalam Propolis dapat:

  • Menguatkan membrane sel dan menggiatkan sel-sel
  • Membantu meransang pertumbuhan sel
  • Antioksida – menghapuskan radikal bebas
  • Menjana profil imunasi
  • Membantu masalah jantung
  • Membantu mencegah jangkitan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menolong mengurangkan tekanan (stress, pening kepala migraine) dan membersihkian sistem dalaman.

Antara khasiat-khasiatnya yang dapat membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan di samping terus mengambil ubat doktor adalah seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, gaut, resdung, asma (lelah), paru-paru berair, batuk, demam selsema, keletihan, sakit sendi, arthritis, kebas kaki/tangan, masalah kulit (jerawat, luka, alergi, eczema, melecur), sakit gigi, ulser mulut, buasir dan lain-lain masalah kesihatan termasuklah kanser.
Jepun adalah negara terbesar di duni ketika ini yang mengimport Green Propolis dari Brazil memandangkan khasiatnya yang tidak ternilai. Pada tahun 1991, Laporan Perubatan Jeput telah melaporkan kandungan flavonoids dalam Propolis amat berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser. TLH Green Propolis diekstrak dengan menggunakan kaedah ‘Super-Fluid Critical Extraction’ berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta bertaraf GMP. Cara memakannya pula adalah dengan mencampurkan hanya 5 titis TLH Green Propolis ke dalam minuman kecuali the dan minuman berkabonat, 3 kali sehari, dapat membina daya ketahanan badan untuk kesihatan yang optimum. Bagi mereka yang memerlukan dos yang lebih tinggi, bolehlah mengambil 15 hingga 20 titis, 3 kali sehari. Tiada kesan sampingan diketahui kerana TLH Green Propolis adalah produk semulajadi.
TLH Green Propolis amat sesuai untuk semua golongan kecuali wanita yang sedang mengandung dan kanak-kanak bawah umur 3 tahun.
Harakah 8-14 Ogos 2008

PROSTAT: 250,000 mati setiap tahun

Prostat adalah sebahagian dari organ pembiakan lelaki yang membantu mengeluarkan dan menyimpan cecair seminal atau air mani. Secara anggarannya Prostat berukuran 3cm panjang dan seberat 20gm. Kedudukan Prostat adalah di bahagian pelvis, di bawah pundi kencing dan berhadapan dengan rectum atau dubur dan mengelilingi sebahagian daripada uretra. Uretra merupakan saluran yang penting yang berfungsi membawa dan mengeluarkan air kencing dan juga air mani semasa proses ejakulasi.
Kedudukan Prostat yang mengelilingi uretra berpotensi memberikan tekanan kepada urinisasi. Apabila Prostat membesar, uretra akan mengalami penekanan sekaligus menimbulkan masalah seperti kencing tidak lawas dan kencing berdarah.
Prostat mengandungi kelenjar-kelenjar kecil di mana 20% air mani datang dari Prostat. Kelenjar Prostat memerlukan hormon lelaki yang bernama adrogen untuk bertindak sempurna. Kanser Prostat terjadi apabila sel-sel kelenjar Prostat membiak tanpa kawalan sekaligus membentuk ketumbuhan. Jika tidak dirawat, kanser Prostat boleh merebak ke bahagian yang berhampiran dan kemudiannya ke seluruh badan, terutamanya tulang, hati dan paru-paru.
Lazimnya Prostat
membesar dan membengkak adalah kerana faktor usia. Mengikut kajian, lelaki berusia 50 tahun ke atas dengan 50% risiko mendapat kanser Prostat, dan meningkat kepada 80% apabila menjangkau umur 70 tahun ke atas. Selain faktor usia, golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini ialah golongan yang berumur dan tidak mempunyai pasangan dan tidak melakukan hubungan seks dan juga faktor kaum.
Antara tanda-tanda awal permasalalahan Prostat yang boleh membawa kepada kanser Prostat ialah sukar dan sakit semasa memulakan proses pembuangan air kecil, air kencing perlahan atau tersekat-sekat, inkoninens (tidak berupaya mengawal kencing), merasa sakit dan regang di bahagian paha dan pinggang, terdapat darah dalam air kencing atau air mani, serta kerap buang air kecil pada waktu malam yang selama ini dianggap sebagai sakit orang tua-tua.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda awal seperti yang disebutkan tadi, pemeriksaan doktor adalah jalan terbaik untuk mengetahui penyebab sebenar. Doktor dan pakar biasanya menggunakan sistem berperingkat yang rumit yang dikenali sebagai sistem TNM di mana kaedah ini adalah kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia. Ia mengimbas 3 bahagian iaitu:


  1. Tumor (T),
  2. Nod Limfa (N), dan
  3. Kanser peringkat kedua atau Metastises (M).
Doktor boleh mengulas lanjut tentang kaedah dan peringkat-peringkat tahap keseriusan kanser Prostat dengan lebih mendalam.
Pencegaha terhadap penyakit ini boleh dilakukan seawal mungkin dengan mengawal cara permakanan dan mengamalkan herba-herba dan makanan semulajadi yang mampu mengurangkan masalah ini.
Herba secara umumnya adalah selamat. Bagi ahli urologi Jerman dan Australia, mereka mempercayai dengan penggunaan herba Saw Palmetto dapat meringankan simptom-simptom ringan dan sederhana akibat pembesaran Prostat.
Saw Palmetto atau nama saintifiknya Serenoa repens adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh meluas di sebelah utara Amerika Syarikat. Bahan sterol tumbuhan ini dipercayai boleh mengelakkan perkembangan sel-sel Prostat. Kesan positif herba ini dilaporkan biasanya dapat dilihat selepas 10 minggu pengambilannya.
Dalam perubatan alternatif, biji labu dikatakan makanan kepada Prostat. Biji labu yang mengandungi zink dan asid lemak mampu meringankan simptom-simptom pembesaran kelenjar Prostat serta mengembalikan kesihatan pembuangan air kencing.
Di India, pengamal perubatan tradisional Ayurverda menggunakan herba Tribulum untuk merawat masalah pembesaran Prostat. Tribulus atau nama saintifiknya Tribulus terretris dikatakan mampu meransang tubuh membentuk hormon lelaki dan satu lagi kehebatan herba ini ia dapat bertindak sebagai penukul yang mampu menghalang pembentukan batu karang.
Kaum lelaki seharusnya memandang serius kepada permasalahan Prostat dan sedar akan ancaman dan kesan buruk daripada masalah pembesaran atau pengembangan Prostat yang membawa masalah, kesakitan dan maut. Mengikut kajian, 250,000 lelaki di seluruh dunia maut setiap tahun akibat masalah Prostat.
Kesimpulannya, cegahlah masalah Prostat ini dari awal dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan sihat. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksida, buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat. Senaman seperti berbasikal dan merenang adalah digalakkan kerana ia meningkatkan pengaliran darah masuk ke Prostat dan amalkan pencegahan secara alami atau tradisional dengan mengambil herba-herba yang baik untuk kesihatan Prostat.


Artikel dari Sinar Ahad 28 Jun 2009