Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.

Menghilangkan kesan-kesan parut luka dan jerawat, merawat pecah-pecah tumit kaki.
Wsap 019-2248 404, SMS 013-3377 242

Isnin, 9 Mei 2016

Bahaya debu asbestos

Sila baca penjelasannya di http://www.mesoth.net/2016/05/asbestos-lung-disease.html

Rabu, 25 November 2015

Darah kurang haemoglobin

Dua hari lalu saya bertemu dengan seorang sepupu yang dah lama tak jumpa. Dalam sembang dia kata sejak akhir2 ini dia sering pening2. Dia bertanya adik ipar saya bekas sister hospital sebab musababnya. Jawabnya kena cek kat hospital. Saya susuli jawapan sister itu dengan nasihat yang sama. Alasan saya kerana saya pernah mengalaminya.
Ceritanya, lebih dua tahun yang lalu saya saja2 minta sister itu ambil darah untuk dianalisis. Ketika itu dia masih kerja. Tengahari itu juga dia menalipon mengatakan abang kena masuk hospital besok. Terkekjut juga saya, mengapa. Bila saya tanya jawabnya haemoglobin abang terlalu rendah.
Besok paginya saya ke hospital jumpa doktor pakar seperti yang diatur oleh sister itu. Keputusan pemeriksaan doktor saya kena masuk wad kerana yang tersebut itu. Doktor menyatakan saya sangat-sangat bernasib baik kerana tidak jatuh, tidak kemalangan, tidak koma dan sebagainya kerana paras haemoglobin saya tinggal 6.6. Mengikut doktor paling rendah sepatutnya 8.0 dikira selamat tetapi kena makan obat. Paling selamat ialah 10.0, itu pun kena makan makanan pilihan yang boleh menaikkannya.
Saya nyatakan kepada doktor bahawa selama lebih dua tahun sebelum pemeriksaan itu saya sering mengalami pening2 dan macam nak jatuh setiap kali bangkit dari mencangkung selama 2 atau 3 minit sahaja. Jika berlaku saya terpaksa mencari sesuatu untuk bersandar. Satu lagi, saya sering rasa demam2 tetapi tidak sampai memaksa saya makan obat.
Lalu doktor mengulangi kenyataannya bahawa you are very2 lucky. Orang macam saya sepatutnya sudah jatuh, dan jika lambat mendapat bantuan boleh koma. Saya amat bersyukur kerana tidak mengalaminya. Doktor menambah, orang kurang haemoglobin boleh mengalami insiden2 seperti orang yang ada darah tinggi, kencing manis yang tinggi, dan gaut yang tinggi. kencing manis dan gaut yang tinggi boleh menyekat oksigen daripada sampai ke otak. Jika jatuh dan pengsan memburukkan lagi keadaan jika lambat mendapat bantuan oksigen. Begitulah cerita saya.
Pagi itu saya masuk wad, dan serta merta diberi bantuan darah satu beg. Petangnya paras haemoglobin saya naik 8.1. Hari besoknya satu beg lagi, dan naik lagi 8.8.
Dipendekkan cerita, hari kedua itu seorang doktor pakar, Miss Ainul, tanya saya sama ada saya ada masalah kesihatan ke. Saya kata, tidak, kecuali ada ketumbuhan di penghujung kolon menurun, iaitu hampir dengan dubur. Lalu menyarankan saya menjalani endoskopi. Saya setuju.
Saya dibenarkan pulang hari itu juga dengan dibekali ubat julap (tak ingat namanya). Sampai harinya saya mengjalani pemeriksaan endoskopi, dan pada masa yang sama dibungnya ketumbuhan itu. Alhamdulillah, pemeriksaan yang dijalankan 3 bulan selepas itu haemoglobin saya sudah pada paras 13.x iaitu paras yang normal bagi seorang lelaki. Kali kedua saya cek di klinik Semanggol 14.7, dan terakhir sekali dua bulan yang lalu 14.9. Jadi taulah saya bahawa ketumbuhan itulah yang menjadi punca haemoglobin saya bermasalah. Terima kasih doktor pakar Dr. Miss Ainul, Hospital Keluang.
Moral of the story ialah jaga2, jika ada rasa pening2 macam nak pitam seperti saya, cek segera paras haemoglobin kecuali jika ada sebab-sebab lain yang jelas. Umur saya sekarang 68 tahun. Maksud saya apabila umur sudah meningkat senja seperti saya ni, ada baiknya berjaga2lah.

Jumaat, 13 November 2015

FAM, Bola Malaysia perlu transformasi

Kekalahan Pasukan bola Harimau Malaysia 6-0 kepada Palestin masih hangat diperkatakan. Kelihatannya macam dah tak ada lagi apa yang harus diperkatakan selain daripada yang sering kita dengar itu. Saya tak nak sentuh lagi bab itu. Pandangan saya ni mungkin tidak berkaitan pula.
Nampaknya kita seperti sering mengharapkan keajaiban untuk menang. Kemenangan ke atas Timur Laste itu dibanggakan sebagai permulaan yang baik. Bagi saya kalau setakat menang 1-0 itu tidak bolehlah dijadikan sandaran kepada kenyataan tersebut. Kalau 3 atau 4-0 bolehlah. SEBAB Harimau Msia bagi saya kebanyakan gol berdasarkan nasib je. dot.
Tujuan saya di sini ialah bagaimana hendak mempunyai satu pasukan yang mantap seperti mana pasukan Palestin itu. Formulanya ialah transformasi. Alasan saya ialah kerana pasukan yang ada ini bukan pasukan BERSUKAN. Tidak ada semangat bersukan pun. Alasan saya sejak dulu lagi saya lihat semangat mereka ialah tak dapat bola aku bantai kaki, yang penting menang. Dan terus terang saya katakan memang saya orang paling gembira bila pasukan Harimau Msia kalah 6-0 lagi. Dari permulaan perlawanan lagi saya berharap kalah. Maaf. Saya benci mereka main bukan dengan semangat BERSUKAN.
Banyak faktornya, tetapi saya nak katakan di sini ialah faktor Pengadil Malaysia. Mereka juga menyumbang terbentuknya dan suburnya semangat bantai kaki itu. Selagi belum cedera tak akan bunyi wisel. Kalau mengikut semangat BERSUKAN bukan ini prinsip para Pengadil kita. Dot.
Kalau nak satu pasukan taraf dunia, maksud saya pasukan yang BERSUKAN, bentuklah satu pasukan baru, yang diletakkan di luar negara, untuk satu tempoh, di bawah jurulatih luar negara. Biarkan mereka hidup di luar sana dengan iklim BERSUKAN seperti mereka juga, contohnya Palestin, Arab, Arab Bersatu, dan sebagainya. Dedaahkan mereka melalui perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan kelab di luar itu. Ini sahaja caranya. Kalau hanya perlawanan persahabatan dengan pasukan luar negara sekali dua sahaja jangan haraplah untuk mendapat pasukan BERSUKAN seperti mereka. Mahukah kita melakukannya? Mahal? Fikirlah sendiri. Inilah pilihan yang ada.  
Mungkin ada yang fikir ini jalan risiko. Risikonya ialah besar kemungkinan mereka ini akan dibeli oleh pasukan-pasukan luar negara. Ya memang banyak persoalan yang timbul, yang membuat FAM kata rugilah kita. 
Untuk mencari negara mana saya rasa cari negara yang kos hidupnya murah misalnya Myanmar. Sebab saya lihat pasukan Myanmar ni ada disiplin BERSUKAN. Cadangan spontan je ni pagi-pagi ni.
Satu pendekatan lagi yang mungkin lebih murah dan mudah ialah dengan menggunakan Pengadil Jepun atau Korea atau Arab untuk sebarang perlawanan dalam negara walaupun pada peringkat kebangsaan. Tujuannya supaya mereka dapat didisiplinkan seperti mana pasukan luar. Insya Allah disiplin pasukan bola kita akan membunuh semangat bantai kaki. Alah bisa tegal biasa. He he jangan marah Pengadil, kena jual.
Sekian.

Isnin, 8 Oktober 2012


Bila cheeseburger sudah terhidang, kita tidak akan fikir yang lain selain dari memikirkan betapa lazatnya makanan di depan anda itu. Tetapi jika kita menelusuri asal-usulnya – daging lembu, telur goreng, daging splurgeworthy, sesuatu yang kurang menyenangkan akan terserlah.
Ada beberapa sebab yang kurang menyenangkan kita tentang asal usulnya. Makanan-makanan berbungkus hari ini sudah menjadi trend yang tidak dapat dielakkan penggunaannya. Makanan ini dibungkus dalam keadaan yang sudah separuh masak, berkategori fast-food. Walaupun kita menerima pandangan tentang banyak keburukannya makanan itu semua, namun pada masa yang sama menerima juga bahawa itulah menu kita sekarang ini. Lebih lanjut di sini.


Isnin, 6 Februari 2012

Makan goreng pisang bunuh diri

Jika anda penggemar goreng pisang, berhati-hatilah. Artikel dari blog ini menceritakan segala-galanya. Mengapalah tergamak cari makan dengan cara macam ni. Bukan calang-calang akibatnya - sakit kronik. Agama (Islam) suruh kita menyayangi manusia lain dan malah binatang sekalipun. Tetapi ini pula yang dilakukan. Peniaga.... Peniaga.

Selasa, 27 Disember 2011

Makan nangka, sakit perut

Ada orang tak boleh makan nagka, sakit perut. Kata orang tua2, angin. Saya juga begitu sejak lama. Tak boleh makan nagka dan cempedak. Baru-baru ni, ada satu penemuan caranya supaya tidak sakit perut macam dahulu. Nampaknya berkesan. Caranya: Kalau makan nangka, kunyah sampai lumat, baru telan. Tu je.
(Agaknya) Bila kita kunyah, angin (yang dikatakan itu) iaitu sejenis gas yang terkandung dalam isi ulas nangka itu terbebas ke udara, tidak masuk ke dalam perut. Tetapi jika kita tidak kunyah lumat, angin yang terkandung dalam sisi ulas nangka itu masuk ke perut dan terbebas di dalam perut kita. Ini yang menyebabkan perut sebu, angin, sakit perut la tu. Saya kata begini kerana, kita tahu, buah nangka ni kuat baunya, walaupun belum dikupas lagi. Ini menunjukkan ada gas (bentuk angin) atau wap-wap (bentuk gas juga) dalam isi ulas nangka itu. Jadi bila kita kunyah, ianya terbebas lebih awal. Terhindarlah sakit perut. Wallahu-a'lam.
Selamat menyambut tahun baru 2012, semoga dapat yang lebih baik dari yang sudah-sudah. Wazidatan-fil-i'lmi, wabarakatan-fir-rizqi.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Barah: Kesan sampingan CHEMOTHERAPY

Selama ini CHEMOTHERAPY adalah satu-satunya cara menangani barah. Kaedah ini telah digunakan bertahun-tahun lamanya. Tetapi sekarang telah dimaklumkan bahawa kaedah CHEMOTHERAPY yang dimaksudkan menunjukkan tanda-tanda memberi kesan sampingan. Antaranya, di samping kaedah itu digunakan untuk membunuh sel-sel barah, sel-sel yang sihat di sekelilingnya kan turun musnah sama. Jadi, apakah kaedah yang lebih baik dari CHEMOTHERAPY? Baca selanjutnya di halaman Kesihatan.